Cara Menghurmati Tamu
Minggu, 21 Juni 2015
0 Komen
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU,
Seorang telah datang menemui Rasulullah
s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang
kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda
s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda
s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda
s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di
antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini
bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullahs.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan
itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke
rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah
bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti
melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada
pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu
makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab,
"Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang
makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak
kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu
engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada
mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan
makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu,
sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan
ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah
berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak
itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu
makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah
s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka
mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka
berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)
NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar
di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak
dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam
kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar
AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau
bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal
dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang
dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang
bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum
arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan
perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada
Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah
oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata
Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya,
Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah
dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah
menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan
memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari
pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya
sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman:, "Seteguk
khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga
hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima
solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka
selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah,
apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah
s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
0 Response to "Cara Menghurmati Tamu"
Posting Komentar