Contoh Cerpen Islami,Cinta
Minggu, 21 Juni 2015
0 Komen
GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA
GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API
NERAKA
Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi
bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu
Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap
bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa
pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi
hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon.
Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il
teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa
sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang
kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda
akan mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon
itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang
dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w.
selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus
dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda
s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah
gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu
ada air, berilah aku minum!"
Bebatuan Pun Bernalar
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata
kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu.
Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya,
"Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah
s.w.t. menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai
orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api
neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis
dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il
sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada
seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w.,
maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta
perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya,
tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang
terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi
Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu
?"
Cerpen Kisah Dunia
Jawab orang kampungan itu, "Wahai
Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia
tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan
kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi
Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai
dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah,
sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku
menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia
termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau
sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu,
maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah
s.w.t. menurunkan seksa-Nya kepada mereka
sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.
mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan
solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta
itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
0 Response to "Contoh Cerpen Islami,Cinta"
Posting Komentar