SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Minggu, 21 Juni 2015
0 Komen
SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH ,1001 Kisah Teladan
SYAHID
SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di
medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki
yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia
rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar
ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah
tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan
mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya,
walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam,
ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti
aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan
Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian,
hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini
dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. ,
menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan
perang di bawah pimpinan Rasulullah
s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya. SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Rasulullah s.a.w. menyambut
kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w..
Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing
sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam
perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa.
Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan
dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
0 Response to "SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH"
Posting Komentar